Followers

Monday, July 12, 2010

Sejarah Madrasah Darul Zikri

Gambar pelajar di hadapan madrasah

MADRASAH DARUL ZIKRI telah dirancang penubuhannya pada pertengahan bulan September 2007 iaitu pada awal bulan Ramadhan tahun 1428H antara Encik Murat bin Shahrin bersama dengan dua orang Imam Al-Hafiz yang kebetulan dijemput menjadi Imam tarawikh di surau As-Siddiqin, Bandar Tasik Puteri. Setelah melalui proses perbincangan yang panjang lebar, mereka berdua telah bersetuju untuk menjadi guru pembimbing di Institut ini.

Guru tersebut ialah Ustaz Abu Bakar@Ali bin Omar yang telah berjaya menamatkan pengajiannya di Darul Musthofa, Hadramaut, Tarim, Yaman selama empat tahun dan telah terlibat dalam bidang hafiz selama tujuh tahun. Seterusnya ialah Ustaz Abdul Azim bin Adnan yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di Darul Quran dan akan melanjutkan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa(UIA) dalam bidang Sains Biologi.

Seorang lagi guru tambahan ialah Ustaz Mohd Afif Bin Nasaruddin yang sedang dalam bercuti daripada pengajiannya di Darul Musthofa, Yaman . Di dalam kesempatan ini beliau telah bersetuju untuk meluangkan masanya untuk berkhidmat dengan pihak Institut.

Institut Tahfiz Bandar Tasik Puteri telah mula beroperasi pada 6 Januari tahun 2008 bersamaan dengan 27 Zulhijjah 1428H. Institut ini menerima pelajar yang ingin menghafal Al-Quran sama ada secara sepenuh masa sahaja. Yuran pelajar sepenuh masa ialah RM250 sebulan.

Manakala yuran yang telah dipersetujui untuk kelas Intensif Al-Quran ialah RM100 & kelas Quran pada waktu malam ialah RM 30 sahaja sebulan.



No comments:

Post a Comment

Lokasi Madrasah