Followers

Sunday, May 2, 2010

FADHILAT AL-QURAN



1. Anas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barangsiapa yang mengajarkan Al-Quran kepada anaknya maka segala dosanya yang lalu dan yang akan datang diampunkan Allah dan barangsiapa yang menjadikan anaknya seorang hafiz Al-Quran maka dia akan dibangkitkan di muka pengadilan kelak dengan wajah yang terang-benderang seperti bulan purnama dan anaknya akan disuruh membaca Al-Quran yang mana setiap ayat yang dibacakan oleh anaknya itu, darjat kedua ibu-bapanya akan dinaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di dalam syurga sebanyak mana ayat yang dibaca sehingga bacaan itu selesai.”

2. Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)


3. Allah berfirman : "Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiku dan memohon rahmat daripadaKu kerana dia sibuk dengan al-Quran, Aku akan mengurniakannya lebih daripada mereka yang memohon rahmat daripadaKu. Dan ketinggian Perkataan Allah ke atas segala perkataan adalah seperti ketinggian Allah di atas segala makhlukNya" (Rwyt. al-Turmizi, al-Darimi dan al-Baihaqi dalam al-Sya'bu)


4. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa mengajarkan kepada anaknya satu ayat Al-Quran maka hal itu lebih baik baginya daripada ibadah selama seribu tahun, (iaitu) berpuasa di siang hari dan solat di malam hari selama seribu tahun dan lebih baik baginya daripada seribu dinar yang ia sedekahkan kepada kaum fakir miskin."

5. Lain-lain kelebihan:

1. Membaca al-Quran adalah berdialog dengan Allah S.W.T
2. Mendapatkan kemuliaan di sisi Allah S.W.T setelah para nabi
3. Mendapatkan tempat di syurga bersama para rasul
4. Mendapatkan syafaat al-Quran pada hari Qiamat
5. Satu huruf al-Quran mempunyai 1kebaikan yang pahalanya menyamai 10 kebaikan

No comments:

Post a Comment

Lokasi Madrasah