Followers

Thursday, November 24, 2011

PENGAMBILAN PELAJAR BARU

SESI 2012/1433

(LELAKI)

Kelayakan:

ü Pelajar lelaki berusia 13 -14 tahun sahaja

ü Boleh membaca al-Quran dengan baik

ü Minat mendalam menjadi Hafiz Al-Quran

ü Berakhlak baik

ü Lulus temuduga

Keistimewaan MTDZ:

· Kemudahan penginapan & tempat belajar

· Penggunaan produk halal (HPA, Mukmin dll)

· Pemantapan ilmu fardhu ain

· Latihan Seni bela diri - Silat

· Penekanan disiplin melalui adab & dakwah

· Hafazan Al-Quran juga hadis-hadis nabi

TARIKH PENDAFTARAN : 17 & 24 DISEMBER 2011

WAKTU PENDAFTARAN : 2.15 – 4.15 PETANG

YURAN PENDAFTARAN : RM 100

YURAN BULANAN : RM 160

Untuk maklumat lanjut sila hubungi no berikut:

1. Pejabat : 03-60343893

2. Ust. Azim : 013-2660288

3. Ust. Khairi : 013-3471937

4. Ust. Idris :013-8315209








Friday, December 31, 2010

Pendaftaran pelajar baru


TARIKH KEMASUKKAN

3 & 10 JANUARI 2011


YURAN PENGAJIAN

i. Pendaftaran RM 100

ii. Bulanan RM 150

Kelayakan:


Pelajar lelaki atau perempuan berumur 13 -17 tahun

Boleh membaca Al-Quran dengan baik

Berminat untuk menjadi Al-Hafiz

Berakhlak baik




Keistimewaan MTDZ:

· Ustaz & Ustazah berpengalaman dan kelulusan diiktiraf

· Penggunaan produk halal 100% (HPA, Mukmin dll)

· Pemantapan ilmu fardhu ain dan bahasa arab

· Latihan Seni bela diri - Silat Gayung

· Penekanan disiplin melalui akhlak, suluk & dakwah


NO AKAUN MADRASAH

Atas nama

TAHFIZ BANDAR TASIK PUTERI

EON BANK : 0571110003387

p/s: Hapuskan cukai pendapatan anda dengan anda memberi zakat kepada madrasah serta golongan yang memerlukan. Semoga harta anda diberkati tuhan..


Friday, December 10, 2010

Musafir di Perak


Salam. Berikut adalah gambar lawatan yang pihak madrasah adakan pada bulan Jun sempena cuti sekolah. Banyak tempat menarik yang telah kami lawati di sekitar Perak anataranya;

Seorang pelajar sedang mencatat perjalanan di dalam diari


Stesen bas Tanjung Malim


Jeti Teluk Batik


Pantai Teluk Batik


Surau di Pantai Teluk Batik


Jungle trecking di bukit Teluk Batik


Puncak bukit




Selamat Pulang!




Tuesday, December 7, 2010

Kem Smart Solat dan Al-Quran

Berikut adalah gambar kenangan madrasah semasa menganjurkan kem Smart Solat dan Al-Quran. maklumat lanjut tentang kem adalah seperti berikut:

Masa: Bulan Disember 2007
Tempoh: 4 sesi dengan setiap sesi selama seminggu
Bayaran: RM250
Tenaga pengajar: 3 0rang ustaz & 2 orang ustazah
Jumlah peserta yang mengikuti kem: 100 orang
Antara aktiviti menarik adalah;


Pengajian ilmu disampaikan oleh Ust. Azim


Pengajian ilmu disampaikan oleh Ust. Afif


Pengajian ilmu disampaikan oleh Ust. Ali


Praktikal solat jenazah



Muhasabah diri di pusara


Barbeque sempena majlis penutup


Berkelah di air terjun di Cameron Highland

Sunday, December 5, 2010

DESKRIPSI MADRASAH



Nama Madrasah
Madrasah Tahfiz Darul Zikri resources (MTDZ)


No. Pendaftran Madrasah
001959382-H

Alamat madrasah pusat
No.1 Jalan 3/8, Blok 2, Bandar Tasik Puteri,
48020 Rawang, Selangor


Alamat madrasah cawangan
No.1 Jalan 3/10, Blok 2, Bandar Tasik Puteri,
48020 Rawang, Selangor


Tarikh mula beroperasi
06 Januari 2008 bersamaan 27 Zulhijjah 1428H


No tel
03-60343893 / 013-2660288 (Us. Azim)
013-8315209 (Us. Idris) / 019-2301171 (En. Murat)


No. Akaun Madrasah
Atas nama TAHFIZ BANDAR TASIK PUTERI
EON BANK : 0571110003387


Email
mdarulzikri@yahoo.com


Website
http://darulzikri.blogspot.com



Monday, July 12, 2010

Sejarah Madrasah Darul Zikri

Gambar pelajar di hadapan madrasah

MADRASAH DARUL ZIKRI telah dirancang penubuhannya pada pertengahan bulan September 2007 iaitu pada awal bulan Ramadhan tahun 1428H antara Encik Murat bin Shahrin bersama dengan dua orang Imam Al-Hafiz yang kebetulan dijemput menjadi Imam tarawikh di surau As-Siddiqin, Bandar Tasik Puteri. Setelah melalui proses perbincangan yang panjang lebar, mereka berdua telah bersetuju untuk menjadi guru pembimbing di Institut ini.

Guru tersebut ialah Ustaz Abu Bakar@Ali bin Omar yang telah berjaya menamatkan pengajiannya di Darul Musthofa, Hadramaut, Tarim, Yaman selama empat tahun dan telah terlibat dalam bidang hafiz selama tujuh tahun. Seterusnya ialah Ustaz Abdul Azim bin Adnan yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di Darul Quran dan akan melanjutkan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa(UIA) dalam bidang Sains Biologi.

Seorang lagi guru tambahan ialah Ustaz Mohd Afif Bin Nasaruddin yang sedang dalam bercuti daripada pengajiannya di Darul Musthofa, Yaman . Di dalam kesempatan ini beliau telah bersetuju untuk meluangkan masanya untuk berkhidmat dengan pihak Institut.

Institut Tahfiz Bandar Tasik Puteri telah mula beroperasi pada 6 Januari tahun 2008 bersamaan dengan 27 Zulhijjah 1428H. Institut ini menerima pelajar yang ingin menghafal Al-Quran sama ada secara sepenuh masa sahaja. Yuran pelajar sepenuh masa ialah RM250 sebulan.

Manakala yuran yang telah dipersetujui untuk kelas Intensif Al-Quran ialah RM100 & kelas Quran pada waktu malam ialah RM 30 sahaja sebulan.



Sunday, May 2, 2010

FADHILAT AL-QURAN



1. Anas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barangsiapa yang mengajarkan Al-Quran kepada anaknya maka segala dosanya yang lalu dan yang akan datang diampunkan Allah dan barangsiapa yang menjadikan anaknya seorang hafiz Al-Quran maka dia akan dibangkitkan di muka pengadilan kelak dengan wajah yang terang-benderang seperti bulan purnama dan anaknya akan disuruh membaca Al-Quran yang mana setiap ayat yang dibacakan oleh anaknya itu, darjat kedua ibu-bapanya akan dinaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di dalam syurga sebanyak mana ayat yang dibaca sehingga bacaan itu selesai.”

2. Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)


3. Allah berfirman : "Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiku dan memohon rahmat daripadaKu kerana dia sibuk dengan al-Quran, Aku akan mengurniakannya lebih daripada mereka yang memohon rahmat daripadaKu. Dan ketinggian Perkataan Allah ke atas segala perkataan adalah seperti ketinggian Allah di atas segala makhlukNya" (Rwyt. al-Turmizi, al-Darimi dan al-Baihaqi dalam al-Sya'bu)


4. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa mengajarkan kepada anaknya satu ayat Al-Quran maka hal itu lebih baik baginya daripada ibadah selama seribu tahun, (iaitu) berpuasa di siang hari dan solat di malam hari selama seribu tahun dan lebih baik baginya daripada seribu dinar yang ia sedekahkan kepada kaum fakir miskin."

5. Lain-lain kelebihan:

1. Membaca al-Quran adalah berdialog dengan Allah S.W.T
2. Mendapatkan kemuliaan di sisi Allah S.W.T setelah para nabi
3. Mendapatkan tempat di syurga bersama para rasul
4. Mendapatkan syafaat al-Quran pada hari Qiamat
5. Satu huruf al-Quran mempunyai 1kebaikan yang pahalanya menyamai 10 kebaikan

Lokasi Madrasah